Move For Better Future

28-March-2013(Friday):::>> Welcome to my Blog : BuDark PeRanTau - Move For Better Future

Ada masalah kewangan?? Jangan risau..klik disini dan jana pendapatan anda sendiri..jangan risau ini bukan sekadar iklan..klik dan daftar sekarang..!

Wednesday, August 1, 2012

Sunnah Makan Menggunakan Tangan

Assalamualaikum sahabat pembaca..hari ini aq ingin berkongsi sedikit maklumat..
atau amalan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W...


Makan menggunakan tangan adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada masa kini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke mulut. Jika ada sesuatu yang mampu mencederakan atau merbahaya, tanganlah yang akan mengesannya terlebih dahulu. Contonya duri, tulang ikan, tulang ayam dan sebagainya.


Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana dalam Islam menyarankan agar sebelum makan, disunatkan terlebih dahulu membasuh tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajar untuk menyentuh makanan. Dikatakan, antara hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut.


Ini terbukti apabila orang tua-tua terdahulu melarang kita meyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi. Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Ini antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.


Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan memulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis. Kenapa? Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut.


Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi Muhammad s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang tinggi.